Wednesday, May 4, 2011

"Sami'naa wa Ata'naa"

"Wahai Rasulullah, teruskan apa yang Allah perlihatkan kepadamu, dan kami akan bersamamu. Demi Allah, kami tidak akan mengatakan kepadamu sebagaimana Bani Israel kepada Musa, "Pergilah berjuang engkau bersama Tuhanmu, biarkan kami dudul menanti di sini". Sebaliknya kami akan berkata padamu, pergilah engkau berjuang bersama Tuhanmu, sesungguhnya kami akan bersamamu sebagai pejuang. Demi Yang Mengutuskan kamu dengan kebenaran, kalau kamu membawa kami bergerak ke Bark al-Ghimad sekalipun, nescaya kami akan sanggup mengharunginya". -Al-Miqdad bin 'Amru RA-




Apabila Rasulullah SAW meminta pandangan dalam Mjlis Tertinggi berkaitan kesediaan para sahabat RA untuk ke medan Badar, maka bangkitlah sahabat untuk menyatakan kesediaan mereka bagi membela kemurniaan agama Allah.

Kaum Musa AS pernah diajak untuk menentang Kaum Jabbarin di Palestin, namun mereka bukan sahaja tidak bersedia, malah menyuruh nabi mereka berperang dengan Allah sedang mereka hanya beristirehar. Mereka merupakan kaum yang sgt biadap.

Al-Miqdad bin 'Amru RA menonjolkan keberanian beliau yang tiada tandingannya, "Pergilah engkau berjuang bersama Tuhanmu, sesungguhnya kami akan bersamamu sebagai pejuang".

Bahkan beliau menyatakan kesediaan untuk mengikuti ke mana sahaja meskipun jauh asalkan untuk memperjuangkan Islam. Inilah nilai yang ada pada diri sahabat RA yang telah mendapat tarbiah langsung drpd madrasah Nabi SAW.

Madrasah Madinah al-Munawwarah itu mengajar, "Kami dengar dan kami patuh". Madrasah itu mengajar, "Demi Muhammad" (Wa Muhammadah). Madrasah itu mengajar, "Kamilah yang berbai'ah kepada Muhammad selagi mana nyawa dikandung badan". Madrasah itu juga mengajar, "Kami mengikutimu bukan kerana mahukan harta rampasa perang tetapi kerana mahu diPANAH di tengkuk".

Inilah madrasah Nabi, madrasah yang bukan sahaja mengasah akal kebijaksanaan malah mendidik hati dan mengajar kecintaan kepada jihad melebihi kecintaan kepada kebun kurma yang ranum dan ISTERI yang cantik.

Disebabkan itulah, apabila orang Ansar berkecil hati dengan tindakan Nabi SAW yang tidak mengagihkan harta rampasan perang kepada mereka, maka Nabi SAW memberikan satu pidato yang sangat membekas di jiwa antaranya,

"Hai kaum Ansar, apakah kamu merasakan diri kamu masih lagi terpaut dengan dunia, dunia yang aku jadikan ia sebagai alat untuk melembutkan hati satu kaum yang menerima Islam sedangkan aku telah yakin dengan sebetul-betulnya keIslaman kamu?

"Tidakkah kamu rela hai Ansar, membiarkan mereka pulang membawa pergi kambing dan unta sedangkan kamu membawa pulang Rasulullah ke kampung kamu? Demi diri Muhammad yang ada dalam kekuasaan-Nya, kalaulah tidak ada hijrah, nescaya aku termasuk kalang Ansar.

"Kalau manusia melalui satu lorong dan orang Ansar melalui lorong yang lain, nescaya aku akan melalui lorong2 orang Ansar. Ya Allah, rahmatilah orang2 Ansar, anak2 orang Ansar dan cucu-cicit Nasar".

Pidato Nabi SAW itu telah membuatkan sahabat Ansar menangis sehingga basah janggut mereka. Mereka mempunyai nilai kefahaman yang tinggi terhadap penghayatan ikrar dan bai'ah yang telah mereka lafazkan sebelum itu.

Mereka juga mengotakan apa yang telah mereka katakan. Ke mana sahaja baginda SAW pergi, mereka akan menuruti dan membantu. Beginilah sifat pengikut dan ahli pertubuhan atau persatuan yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment